iPhone simulator

[Testing bukak generasi12.blogspot.com]


Cubaan ana belajar buat app bagi iPhone/iPod touch dengan Macbook ayah ana. (baca: laptop Apple).

Macam mana ana buat? Macam2 kena buat. Payah betol.
Kenapa ana nak buat? Ia agak seronok, kalau dah terer boleh buat app, boleh jual kat App Store, dapat $$$ :p

The First iPhone App

Seperti biasa sesuatu yang besar dimulai dengan langkah pertama yang kecik.

Untuk buat app (Application) iPhone:
Pertama,dapatkan komputer Apple ataupun pandai2lah install Mac OS X kat PC biasa dengan Hackintosh.

Kedua, download pula iPhone SDK 3.0 daripada iPhone Developer Center. Dekat 2.0GB beb - rasanya ana download 12 jam baru siap. Dah siap tu install macam biasa.

Optional: ana bukak ana iPhone simulator. Bendalah ni sebijik iPhone tapi sebenarnya bukan iPhone. Untuk tujuan membangunkan app iPhone. Tak boleh buat call, sms, main mp3, tengok video, beli app dari AppStore, dsb.



[Free iPhone (sim) for everyone! :D]

Ketiga: tiba masa nak belajar buat app . Baca pula Your First iPhone Application. Rasa macam nak pecah kepala. Sikit2 error,errors,warning,errors, lepas tu Hantuk kepala kat dinding

Keempat: Run application
Bila dah siap jadi, run kat iPhone Simulator - Alhamdulillah. [kagum dengan diri sendiri kejap~] Walaupun cikai pun jadi jugak.







[sori xde screenshot utk app ni ]





The 2nd App
Lepas tu belajar buat app yang kedua- game dengan Cocos2d iPhone, iaitu framework untuk buat game iPhone dengan OpenGL | ES.
Baca pulak tutorial daripada Monocle Studio. Rasa senang sikit pasal dah tahu serba-serbi dan basic buat application iPhone ni.

Bagi non-programmer XCode memang nampak menakutkan. Hape kebenda ntah:



[coding dalam XCode. Jangan tanya ana kalau tak paham]

Lepas jari penat taip, itu ini, Error, Error, Debug, Build and Run, buat kerja lain-
Jadi jugak..

Game yang ana buat tu bukannya bagus sangat (kan tgh belajar). Belum apa-apa lagi dah Game Over. Haha. =D



[Tekan"Start Game"...]



[... Dan GAME OVER. WTFun.. ]


And that's it. Wassalam

0 comments:

Malas nak tengok bulan?

Followers

Other blogs

Jam Pas

Bual


ShoutMix chat widget